Selasa, 12 November 2013

PROFIL SMK PENGALAT PAPAR

SMK Pengalat yang terletak jauhnya 3 KM dari pekan Papar dan 30 KM jauhnya dari bandaraya Kota Kinabalu rasmi dibuka pada 02 September 2013. Penubuhan sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah menengah di daerah Papar kepada 12 buah berbanding sebelum ini yang berjumlah 11 buah keseluruhannya.

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah harian biasa dan gred sekolah adalah gred B. Sekolah ini terdiri 4 blok bangunan yang bersambung bangunan pentadbiran dan kelas. Selain itu, dalam bangunan pentadbiran terdapat bilik pentadbiran di tingkat bawah di ikuti bilik guru di tingkat kedua dan perpustakaan di tingkat atas. Selain dari kelas 3 bangunan lainnya menempatkan surau, makmal komputer, bilik muzik dan sebagainya. 

Sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan seribu orang dalam satu-satu masa. Di sisi dewan ini dilengkapi dengan tempat kereta yang boleh memuatkan sekitar 200 kenderaan dalam satu-satu masa. Di belakang dewan ini tersergam indah kantin dan juga padang sekolah.  Sekolah ini juga dilengkapi dengan 4 bangunan flat guru ala kondominium yang keseluruhan jumlahnya adalah 32 unit.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. mohon pencerahan. ada tingkatan 6 ka sekolah ni dan apa subjek yang ditawarkan.

    BalasPadam
  3. Adakah sek ni mempunyai asrama

    BalasPadam